Sunday, 5 June 2011

Duit kita

Assalamualaikum semua.

Entri kali ni, saya nak cerita sikit pasal duit. Apa yang kita buat dengan gaji pertama kita? Ataupun kedua, ketiga dan seterusnya. Saya nak share sikit tentang pengalaman saya la. Nak share pengalaman orang lain bukannya saya tahu kan. Hehe... Sikit-sikit bolehla..

Bila saya tanya orang apa yang mereka buat dengan gaji mereka, kebanyakannya akan sebut yang mereka nak menyimpan untuk masa dengan (dalam kata lain untuk kahwin, kereta etc). Owh, saya tak terkejut la sangat, sebab umur-umur begini, memang kebanyakan kawan-kawan saya akan melangsungkan perkahwinan. Dan saya akui memang perkara tersebut memerlukan belanja yang besar.

Bagus untuk mempunyai perancangan kewangan sedari awal lagi. Kita latih diri kita untuk menyimpan beberapa peratus daripada jumlah gaji kita untuk masa depan. Waktu saya di tahun pertama di universiti di Adelaide, saya sngat-sangatlah berkira dalam nak membeli sesuatu. Saya nak mula menyimpan duit untuk beli tiket balik kampung hujung ahun 2007. Waktu tu mana ada penerbangan bajet contohnya Jetstar Gold Coast/Sydney direct ke KL. Airasia Melbourne/Gold Coast/Perth direct ke KL pun takde. Tiger pun rasanya tak launch lagi. Nak balik memang kena naik MAS, Qantas ataupun mungkin Singapore Airlines.

Waktu awal-awal datang memang JPA bagi duit lebih untuk settle down, cari rumah, bayar bond, cari perabot dan sebagainya. Oleh kerana saya dan kawan-kawan saya insist untuk tinggal bersama 6 orang, kami berusaha jugak cari rumah yang agak besar, muat untuk 6 orang. Memang jarang dengar orang Malaysia duduk 1 rumah ramai-ramai. Paling banyak pun 5 orang kot. Cari dan mencari akhirnya kami jumpa juga rumah tersebut, dan sewanya pun agak murah. Alhamdulillah, senang sikit nak menyimpan duit.

Saya beum cerita ye, tiket one-way Adelaide-KL dulu kami beli dalam AUD1400. Lebih kurang sebulan ebih elaun kami di sini. Waktu tu baru tahun pertama. Memang sayu kalau hujung tahun x dapat balik. Dah la rindu yang teramat sangat dengan kampung. Saya pun menyimpan la. Beli tiket tu dalam bukan 4 ke 5 camtu. Sangat-sangat awal. Hehe. Nak balik punya pasal.
Akhirnya kami terpaksa ikat perut sikit hujung winter 2007, kerana duit habis beli tiket balik dan buat jalan-jalan winter tu. Sejak daripada tu, saya lebih tega untuk menyimpan duit, sebab saya x suka keadaan terdesak x de duit. haha...

Saya tanya Kak Aizat, senior dulu, macam mana nak menyimpan secara berkesan. Dia cadangkan saya buka akaun bank lain yang khusus untuk simpanan saya. Jadi Saya pun bukalah Commonwealth Bank, selain BankSA yang unutk kegunaan harian. Saya ambil plan yang boleh keluarkan duit sekali je sebulan, kalau lebih dia charge. Untuk pastikan saya x gatal-gatal tangan keluarkan duit sesuka hati.

Berjaya juga tips ni. Setiap kali JPA masukkan elaun baru (untuk 3 bulan), saya akan keluarkan baki duit saya dalam BankSA dan masukkan ke Comm Bank. Dan saya peruntukkan sejumlah wang tu sahaja untuk belanja bulanan. Begitulah sampai habis pengajian. Hampir setiap tahun, saya pasti akan bawa pulang duit untuk disimpan di akaun di Malaysia. Tak banyak pun, ada lah sikit. Cukuplah untuk survive summer di Malaysia, kalau-kalau nak keluar ke, nak pergi program apa-apa ke...

So sekarang saya dah earn duit sendiri. Gaji saya sendiri. Perbelanjaan bulanan saya x lah banyak sangat. Tiap hari pun naik bas ulang-alik Klang-KL. baru RM 5 sehari. No fuel, no car loan what-so-ever. Pinjaman rumah lagilah takde. Sewa rumah x payah byar, duduk dengan keluarga. Belanja rumah, adalah hulur sikit pada keluarga. Baki guna untuk bayar lesen kereta, makan, dental treatment bulan-bulan, etc. Tak banyak pun. Nak shopping tak de masa. Saya pun bukannya jenis suka shopping. Baju-baju kerja pun mak sponsor sebab mak dah pencen x pakai dah baju kurung berlambak-lambak kat rumah tu.

NO FRET OK. Gaji kita yang banyak tu, bolehlah hulur-hulur sikit pada yang memerlukan. Saudara-saudara kita kat Palestin tu, sangat-sangat memerlukan biayaan hidup. Sebab tu saya tak berkenan sangat hidup mewah-mewah, memikirkan mereka di sana. Mak saya kata, sekarang memang kita rasa duit boleh tabur-tabur je, banyak sangat. Bawa-bawalah menyimpan, mana tahu in the future kita memerlukannya nanti.

Gaji pertama saya tak teringin pun nak beli itu-ini. Bila dah masuk gaji kedua, barulah rasa nak nak beli laptop baru, sebab laptop lama tu, skrin dia dah rosak. Saya berniat jugak nak sumbang sikit pada mak untuk belikan laptop adik saya, Atha, dia kata dia perlukan laptop untuk kerja-kerja diploma dia. Fahamlah. Saya waktu foundation pun sangat-sangat terdesak nak pakai komputer, lagikan budak-budak diploma sekarang, assignment macam-macam. Tengoklah macam mana, kena survey laptop yang sesuai dulu. Laptop bukan murah. Mak abah pun dah pencen. Now I'm the breadwinner of the family. (ye ke? hehe)

Sekarang saya terfikir untuk buat investment untuk masa depan. Something like, kita bayar bulan-bulan sampai tempoh matang. Tapi tak tahu lagi nak pilih yang mana. Not to ention takde masa pun nak survey2. Nasib baik saya ada sorang kakak yang expert dalam financial advisory. Kerja dia pun accountant. Boleh minta pendapat dia.

Okeylah, apa pun kita nak buat dengan duit yang kta dapat secara halal dan bersungguh-sungguh tu, pastikan ia halal juga. Agar pelaburan kita di dunia kita dapat hasilnya di akhirat nanti.

Thursday, 19 May 2011

Rindu yang Tak Hilang

Minggu ni saya cuti 2 hari. Hari Selasa kelmarin sebab cuti wesak, hari ni sebab hazard leave. Kerja intern berlambak-lambak tak settle lagi. Otak jadi pusing sebab management tak betul. Sekarang cuba buat kerja satu-demi satu, sambil berblog menghilangkan stress. Saya ni memang, waktu yang paling sibuk tula hati membuak-buak nak tulis blog. Contohnya waktu study week di Adelaide dulu. Tak kiralah entri pasal perasaan ke, pasal belajar ke, pasal apa-apalah.

Saya rindu sangat dengan Adelaide. Orang mungkin kata Adelaide boring, tapi Brompton pernah menjadi syurga saya di dunia. Kehidupan saya. Sahabat-sahabat saya. A life that I always wanted. My life. Tapi tak akan selamanya hidup akan stagnant. Life goes on. And people do change. Mungkin hanya saya yang setia berharap, setia menanti kembalinya perasaan kasih sayang sesama kita dulu.

Rindu-rinduan kita menjadi kenang-kenangan. Mungkin saya seorang yang senang dilupai. Kehadiran tidak dinanti, pemergian tidak dirindui. Hidup mesti diteruskan. Sekarang hidup saya dihiasi rindu pada hidup saya yang lama. Maaf dari setulus hati kalau-kalau kata-kata saya yang berbaur bongkak kerana asyik berbicara soal kehidupan saya di Adelaide, di Australia. Kerana, di situ hidup saya bermula. Saya belajar banyak benda di sana.

Terkadang memori itu bermain di tubir mata. Kalau tidak di tahan bisa gugur jua air mata. Janganlah disebut rinduku. Tersayat hati jika terungkit. Saya cuba mengingati saat-saat manis kita, lalu bibir cuba mengukir senyuman. Senyuman yang amat pahit, sarat dengan kerinduan. I try to take things positive. Cuba menjadikan pengalaman hidup di rantau orang sebagai ejen perubahan hidup di Malaysia. Cuba mencari kawan-kawan baru. Cuba menyesuaikan diri, tatkala tanah air kembali menjadi asing. Hampir 6 bulan berkelana di dunia baru tempat tumpah darah, tak kurang sedikit pun rindu itu terhakis. Malah makin mendalam pula.

Penat la nak berjiwang malam-malam ni. Dah la satu presentation menanti esok. Haha.
Hope saya tak sendirian dalam kerinduan ini.

One man's loss is another man's gain

(or shall I say, One man's gain is another man's loss. Just why couldn't we have it both?)

Saturday, 7 May 2011

Air yang Tenang Jangan Sangka...



Ada seorang sahabat kat hospital tanya saya,

1) apa rahsia saya untuk menjadi sentiasa tenang dan cool?
2) bagaimana nak jadikan orang sukakan kita?
3) kenapa saya sentiasa macam tiada perasaan kalau kena marah?

Sejujurnya, saya pun tak tahu macam mana nak jawab soalan ini. Tapi hati ni berbuak-buak nak kongsikan idea-idea, perasaan dan hati ini. Sebab saya yakin, hidup kita akan lebih bahagia kalau lebih ramai orang tahu berkenaan ilmu sosial ini. Bukan nak kata saya ni pakar dalam 'ilmu bersosial', tapi saya nampak pincangnya masyarakat yang kurang mengamalkan ilmu ni.

Saya sentiasa berminat untuk menerokai pemikiran manusia. Sebab Allah dah kata, Dia ciptakan manusia berbeza-beza supaya kita boleh saling kenal-mengenal. Manusia setiap satunya unik, ada peribadi tersendiri. Baik atau buruknya dia, pasti ada alasan tersendiri.

Menjawab soalan kawan saya tu:-

1) Rahsia saya 'always cool' dan tenang?

Haha, saya ni macam tu ye? Banyak sebab saya macam tu. Tapi saya taklah sentiasa cool je, ada masa saya boleh jadi pemarah atau susah nak kawal perasaan. terutamanya dengan family. teruk juga saya ni. Anyway, banyak sebab saya macam ni. Pertamanya, kehidupan saya sendiri mengajar saya. Sekolah asrama. Belum lagi pengalaman saya di luar negara. Macam-macam berlaku. Nak tak nak memang kena mematangkan diri.

Sepanjang hidup saya setakat ni, banyak jenis manusia saya jumpa. Dan saya analisis sendiri sikap-sikap manusia yang saya suka, juga yang saya tak suka. Saya ni jenis yang suka analisis orang, tapi berpada-pada la ye. Saya percaya setiap orang ada sebab tersendiri untuk bersikap sebegitu. Yang mana baik, kita ambil. Yang mana buruk minta sempadankan.


Jadi, keputusan terbaik untuk diri saya ialah untuk jadi tenang dan cool, sebab semua orang sukakan ketenangan. Mudahkan hidup saya, bahagiakan hidup orang lain. Tapi, bukan bermakna kita kena jadi orang lain. Kalau memang kita seorang yang happy go lucky and bubbly kind of girl, go ahead. People need humans like that, that can bring sunshine and happiness in the world. Makes the world so much more colourful and de-stressful.

2) Bagaimana nak jadikan orang sukakan kita?

Sebelum tu, saya nak tanya. Kenapa kita nak orang sukakan kita? Adakah kita nak kejar glamour? Suka kena puji? Atau kita cuma nak hidup kita lebih baik jika takde orang bencikan kita? Saya percaya semua orang tak suka kalau ada orang bencikan kita. Hidup pun lebih tenang kan...

Saya takde tips macam mana nak orang sukakan kita. Ada banyak sebab orang sukakan orang. Ada banyak sebab juga seseorang itu bencikan orang lain. Bergantung pada taste orang tu. Yang penting kita jadi diri kita sendiri.

Hidup saya kat luar negara banyak mengajar. Semua tahu orang asing ada banyak tanggapan buruk untuk MUSLIM kan. Jadi saya rasa menjadi satu tanggungjawab saya untuk perbetulkan misconception tersebut. Salah satunya ialah kita jadi muslim yang sebenar, contoh paling tepat pastilah Rasulullah sendiri. Our role model. Kita sebenarnya dah terlalu jauh dari Baginda, dah x kenal dah dia. Kita jadikan dia 'our sacred human being'. too perfect (memang Baginda maksum, betul tu) dan jadi agungan sahaja. Kita tak nampak yang Baginda tu sebenarnya manusia macam kita, ada perasaan. Bukan Baginda tak pernah sedih ke, marah ke.

So, kita kenalah tanamkan akhlak dan ilmu sosial yang macam Rasulullah ajar. Banyakkan baca buku-buku sirah kehidupannya dengan sahabat-sahabat. Analisis sendiri macam mana Baginda buat orang sukakan dia. Dengan akhlak perfect baginda. Tabiat tu, insyaAllah kita boleh latih. Doa pun jangan lupa. Doa pada Allah, "Ya Tuhan, Engkau kurniakan aku sifat sabar" contohnya. Macam tulah. Kalau Allah berkenan, Dia kasi kita sifat tu.

Huiyo, dah panjang dah. Last question.

3) Kenapa saya macam redha je kalau kena marah?

Haha, ni sebenarnya soalan lawak. Mana ada saya redha je kena marah. Sengal jugak hati. Tapi saya simpankan je somewhere in my heart. Kalau orang marah kat kita sebab kita buat salah, anggap je dia marahkan kita so that kita x buat salah tu lagi. Kalau bukan salah kita, ignore je. Kalau kita luahkan marah kita kat orang lain, kan jadi lebih teruk, keadaan jadi lebih keruh, dan kerja pun jadi x sempurna sebab kita x ikhlas bekerja. Kita x nak perasaan marah tu berjangkit kat orang lain. Just let it stops and ends at us.

Satu lagi, kena sentiasa buat muka professional dan senyum kalau perlu. Barulah suasana lebih ceria. Hidup pun lebih manis gitu. Haha. Kan kempen kerajaan, "kurangkan gula dalam minuman, tambahkan manis dalam senyuman" Hehe. Tapi kalau tengok saya kurang senyum sekarang ni, sebab saya segan nak senyum lebar2. Gigi tak cantik, ada besi.


Akhir kata... La tahzan, innallaha maana. Janganlah bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita.

Peace for the world....

Monday, 18 April 2011

It has been 41 years.

Semalam, 16 April 2011 genap usia perkahwinan mak abah ke 41 tahun. Pejam celik, pejam celik, dah besar-besar dah anak-anak wak denan dan Cik Esah.

Sedikit keraian, walaupun sibuk2 nak ke shah alam untuk urusan usrah. Yang kelakarnya, eventho Elin dan Abang Nazri confirm akan balik Sek 7 Shah Alam, end up satu family ikut hantar. Jalan-jalan makan angin lepas makan kek dan pizza. Memang buang tebiat.

Anyway, I', somewhat happy that even though I'm so busy working, I still have control over my life. Not like a robot. get up in the morning with only work and money in mind. I certainly could not bear that. Like you have no life at all.

Kerja memang stress, kalau tak stress, tak setimpal lah dengan gaji yang dibayar. Siap ada elaun kritikal lagi. Memang kritikal lah kerja ni. Kritikal sebab boleh menyebabkan kemurungan kalau tak ditangani dengan baik. Penting untuk ada support sistem. Pertautan dan hubungan dengan Allah memang kena jaga. Kalau kita lupakan Allah, Allah tentu x kisah dengan kita. Ujian dan stress kat tempat kerja tu, saya anggap satu ketukan dari Allah sebab selalu lupakan Dia. Lalu, Dia tarik balik untuk mendekati, kembali mencintai dan merindui kasih sayang dan perhatian dari Dia. How sweet is that.

Esok. Berdebar-debar hati ni. Apalah nasib yang akan ditentukan bos. Confirmlah hari Jumaat x akan masuk SC kan. Nak pergi mana ek? dah la sikit je experience kat IP dan OP. Tolong sikit-sikit boleh lah.ji la.

Berserah jelah. Tawakal jela.

*Nak beli laptop baru ke, tablet ke? Iphone ke? Laptop kesayangan dah rosak. Tunggu gaji la. Duit bayar lesen kereta pon x habis bayar lagi. Hutang dah keliling pinggang ada hati. Apalah...

Sunday, 10 April 2011

Dengan nama-Nya Kumelangkah

Alhamdulillah. Dua minggu sudah berlalu. Bila bermulanya fasa baru dalam hidupku. Suasana baru, kawan baru. Emosi baru. Mental kena kuat. Fizikal juga. Syukur pengalaman di sana memberi kekuatan untuk menghadapi perubahan ini.

Terlalu banyak untuk diungkapkan satu-persatu; dalam bait kata-kata dan ketukan jari-jemari.

Rasa itu biarlah kekal dalam sudut hati ini.

Wednesday, 23 February 2011

Kesinambungan Aspirasi

Fikiranku melayang ke hari itu. Hari yang kutunggu-tunggu sedari kakiku mula mengorak langkah dalam menggapai cita-citaku. Hari yang sentiasa akan dibanggakan hadirin. Walau aku cuma sekelumit dari yang datang. Hanya satu titik. Tiada bezanya.


Aku cuba mendapatkan hikmat hari itu. Cuba menelan realiti yang zaman cintaku bakal habis dan berkesudahan gembira dengan kehadiran hari itu. Gembirakah aku? Ternyata tiada bezanya. Aku cuma menanti hari itu berlalu. Berselang-seli dengan normal hari itu.


Namun, tidaklah segalanya hambar. Hari itu aku menerima kehadiran saudara sekeluarga dari rantau jauh. Ku cuba memberi yang terbaik padanya. Semoga itu yang terbaik dari tuan rumah semuanya.


Dewan penuh dengan pelajar antarabangsa. Sesi graduasi ini terbuka khas untuk pelajar antarabangsa yang bakal kembali ke tanah air masing-masing sementara pelajar lain akan menerima sijil di bulan 3 atau 4 nanti. Khasnya majlis ini, khabarnya untuk memberi peluang pelajar antarabangsa menggenggam ijazah mereka sebelum visa tamat. Tidak perlu bersusah-payah untuk kembali, satu masa di masa akan datang semata-mata untuk menghadiri majlis serupa ini. Manisnya realiti ini, kerana aku tidak mungkin akan kembali jika majlis ini tidak diadakan di penghujung tahun lepas.


Kehadiran pelajar-pelajar asing sebagai sebahagian daripada tetamu istimewa hari itu yang agak tidak biasa dengan protokol majlis telah mencacatkan sedikit sebanyak perjalanan hari itu. Aku yang melihat hanya mampu melihat, tidak mahu lebih mencacatkan. Timbalan Canselor telah memulakan ucapannya yang penuh inspirasi. Kepada bakal-bakal graduan, bakal-bakal pekerja yang akan mengorak langkah hidup mereka di merata-rata tempat di seluruh dunia. Beliau memberi pesan yang meresap masuk terus ke lubuk hati. Tak tertahan air mata dari gugur selama beliau berucap. Bukan hanya sedih, malah gembira kerana hidupku bakal berubah, masuk ke tahap yang lain. Beliau memesan agar terus efisien, bekerja dengan sepenuh hati. Bukan hanya untuk merubah nasib dan masa depan sendiri, tetapi juga perlu berfikir tentang perubahan dan anjakan pada industri dan orang sekeliling yang mampu kita lakukan. Hati berdetik 'Mampukah aku? Sudikan industri menerima orang sepertiku? Aspirari setinggi langit untuk melihat suasana berubah ke lebih baik?'


Tidak lupa juga ketika graduan dipersilakan untuk berdiri , berpusing ke belakang dan bertepuk tangan tanda terima kasih buat insan-insan yang selama ini memberi sokongan sepenuh hati dan kudrat. Insan-insan yang kini berada di dalam dewan dan duduk di belakang dan di atas dewan festival itu. Aku mencari-cari wajah tetamu istimewa. Namun penglihatan kabur kerana air mata yang bergenang. Ternyata insan-insan yang kuharapkan tiada di situ. Mereka yang selama ini berlegar di sekeliling hidupku. Juga kerana insan-insan itu juga antara yang turut menerima sijil mereka hari itu. Ku panjatkan doa kesejahteraan buat mereka, bukan hanya tepukan tangan yang bergema di dalam dewan itu.


Tarikh 20 Disember 2010 akan ku kenang selamanya. Tarikh di mana aku akan mengorak langkah sebagai seorang dewasa, seorang yang ingin terbang tinggi di awan.


Tolong jangan hambatku ke tanah. Minda ini telah jauh menerawang di langit tinggi. Jangan dipakukan jasad ke bumi. Ingin aku terbang beriringan dengan burung di langit atau jauh lebih tinggi, setinggi kapal terbang di atas sana. Ku harap tanah air sudi menerima aku dan aspirasiku. Ingin menjadikan Malaysia syurgaku yang seterusnya. Selepas Adelaide.

Monday, 24 January 2011

Leraian

Andai ada sumur di ladang
Boleh hamba menumpang mandi
Andai ada umur yang panjang
Boleh kita berjumpa lagi

Tiada masa untuk tempat ini. Masa dihabiskan dengan mengemas, mengemas dan mengemas. Sambil merancang, merancang dan merancang.

Kini sudah meniti alam yang lain. Perlu biasakan diri mengemas dan mengurus diri. Internship years tak tahu tahap mana kesibukannya. Takut diri tak terurus dek kesibukan alam kerjaya dan duniaT.

Kata-kata saudari kugenggam erat. Tali ini kusimpul dan kupaut kukuh. Andai terasa longgar, kembalikan ke pondasi asal. Sebagaimana halusnya ukiran kata, begitulah halus seni si pengukir. Jiwa yang dibentuk-bentuk ketika di sini, mungkinkan berubah menjadi buruknya batu keras berbucu-bucu? Alirkan sungai deras, yang mampu mengikir sisi-sisi gelap. Menghilangkan tajamnya yang melukakan. Agar menjadi batuan sungai yang halus mulus menyeri alam.

Apa yang aku merepek ni? Selamat malam teman...

Jap2. Apa kaitannya dengan leraian? Meleraikan daripada apa?


Bedah siasat perasaan dan jiwa seorang diri...............................

Baiklah. Diri ini ingin meleraikan daripada kucar-kacirnya perasaan menanti saat kaki melangkah tinggal bumi cahaya. Melangkah pergi meninggalkan kehidupan di sini. Leraikan kata-kata bingung yang terlindung di balik sibuknya mengatur kehidupan insan-insan yang ditinggalkan. Harapnya hanya jasad sahaja tidak bertemu, namun jiwa sama menuntun erat ke jalan itu.


Kompilasi Pantun Rindu

Tuan Puteri pergi ke Rasah
Pulang semula sebelah pagi
Kita bertemu akhirnya berpisah
Diizin Tuhan bersua lagi

Hendak pulang dari Rasah,
Singgah di sungai menahan lukah,
Siapa kata kita berpisah?
Selagi kaki seiring selangkah.

Singgah di sungai menahan lukah
Sungai deras hilang sepatu
Jasad dan badan kita berpisah
Namun janji jiwa bersatu

Sepatu hilang berganti sudah
Sepatu dibeli di Kuala Pilah
Jiwa bersatu kerana aqidah
Inilah manisnya ukhuwwah fillah

(IliMaz & Shafnah 2011)


Thursday, 16 December 2010

Should I Be Happy?

Graduating real soon. The ending of my journey as a student.
Am I still me? Should I've change somehow? Somewhere?

20th of December. The red line. All the hardship and tears. It was not just that. I'm heartbroken and shattered, gathered back the courage to stand tall and proud.

YOU. You had made those changes in me. Yes You. My dear beloved, I pray You to keep my sanity. Its been an overwhelming journey. And life-changing one.

Only YOU know. Till the day my life is through.

Friday, 26 November 2010

Masa

Mari kita penuhkan masa yang ada dengan aktiviti-aktiviti bermanfaat! Seperti:-

1) Kemas barang-barang hasil tangkapan selama 4 tahun.
2) Sortkan kertas-kertas yang ada so that nanti tong sampah recycle tak overload dengan kertas-kertas. Dumping stuffs kat rumah orang lain adalah satu kesalahan di sini.
3) Melawat tempat-tempat yang tidak dilawati lagi di sini dan menikmati keindahan nikmat Allah.
4) Baca buku-buku yang tak hadam lagi.
5) Ziarah sahabat-sahabat.
6) Rancang masa depan (wow!!)
7) Cari rezeki (nak bawa duit balik Malaysia ke?)
8) Teguhkan dzatiyyah (jangan lupa)
9) Latihkan tawakal. Total penyerahan pada Allah. Cuak-cuak kena tolak tepi. Apa nak jadi, jadilah. Itu Allah dah tentukan yang terbaik untuk kita.

What is so different about holiday after degree classes finished? You don't just forget about things you have learnt. Instead, keep on reading and memorising the lecture because you will work on the stuff you learn.

Dunia pekerjaan yang akan dilalui totally depends on apa yang saya dah belajar. Kerja nanti (insyaAllah) saya rasa tak jauh beza dengan apa yang saya tempuh waktu degree, particularly waktu working experience dan placement. Plus, jalan-jalan tarbiyahdan dakwah akan lebih rancak sebab laut tu, arusnya lebih kuat dari sungai.

(teringat kat water 'crashing' di Hudson river. Kalau crash kat laut, mesti death toll lagi tinggi). Sebab tu golongan yang gugur lagi banyak berlaku di tanah air, sebab arusnya makin kuat.

Doa senjata kita untuk terus teguh di jalan ini. Kita mesti teruskan langkah dan susun langkah-langkah dengan lebih padu.

first thing first. kena ambil lesen kereta. Oh ayah, please....

Wednesday, 27 October 2010

Mimpi

Kupernah bermimpi menggapai langit. Atau langit yang diangankan. Langit jauh lebih dari itu.

Aku merenung. kenapa begini jadinya.

Ia tak semudah yang disangka. Mimpi memang senang. Nak membumikannya payah. Kena terus berusaha, dari segenap aspek.

Harus lebih kuat.
A dream is a wish your heart makes
When you're fast asleep
In dreams you will lose your heartaches
Whatever you wish for, you keep
Have faith in your dreams and someday
Your rainbow will come smiling thru
No matter how your heart is grieving
If you keep on believing
the dream that you wish will come true

Love me for who I am please. Or whom ever I will be.